Ringkasan Mengajar: Pendidikan Moral
Tahun : 5 N
Bil. Pelajar : 43 orang
Tarikh / Hari : 21hb Jun 2011
Masa : 9:15 a.m. - 9.45 a.m.
Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
Tajuk : Perlindungan Alam Sekitar Harus Dikekalkan
Nilai : Cintai alam sekitar
Tema : Perlindungan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah diajar kesan-kesan pencemaran dunia. Mereka
telah banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan
seperti kitar semula suratkhabar lama, membuat kraftangan dengan
menggunakan barangan terbuang, melukis poster bertema menjaga
alam sekitar dan sebagainya.
Objektif pengajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid-murid dapat:
(1) menunjukkan sikap berkerjasama melalui aktiviti kumpulan.
(2) Menyedari dan memahami tanggungajawab kita dalam menjaga
alam sekitar.Alatan : bekas kosong, sisa kulit sayuran / buah-buahan, gula, air,
suratkhabar lama, pelekat, gambar poster
Langkah / masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Alatan |
Set induksi 3 minit | Bercerita tentang kisah gempa bumi yang baru berlaku di Tokyo, Japan | 1. Guru menunjukkan berita tentang gempa bumi di Japan 2. Guru menunjukkan gambar poster yang membawa nilai menjaga alam sekitar. 3. Guru memupuk nilai “ Cintai Alam Sekitar”. | Suratkabar lama, gambar poster |
Langkah 1 5 minit | Penerangan tentang pembuatan enzim dengan menggunakan sisa buah-buahan / sayuran. | 1. Guru memberi penerangan yang teliti kepada pelajar-pelajar tentang pembuatan enzim dengan menggunakan sisa buah-buahan / sayur-sayuran. 2. Guru juga menunjukkan langkah-langkah pembuatan enzim di hadapan kelas. | Gula, air, sisa sayuran, sisa buah-buahan. |
Langkah 2 17 minit | Aktiviti berkumpulan | 1. Pelajar-pelajar masuk ke kumpulan masing-masing. 2. Pelajar-pelajar menjalankan aktiviti berkumpulan (pembuatan enzim) dengan mengikut arahan guru. 3. Guru memantau kelas semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. 4. Guru akan memberi bantuan kepada kumpulan yang menghadapi masalah. 5. Ketua kumpulan diminta menghantarkan hasilan mereka kepada guru apabila masa tamat. 6. Guru membuat rumusan tentang aktiviti kumpulan. 7. Murid-murid diminta mengemaskan alatan mereka dan selepas itu duduk di tempat mereka masing-masing. | Gula, air, sisa sayuran, sisa buah-buahan. |
Langkah / masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Alatan |
Penutup 5 minit | Membuat rumusan | 1. Murid-murid diminta menjawab soalan-soalan (dengan secara lisan)yang dikemukan oleh guru. 2. Guru memupuk nilai “ Cintai Alam Sekitar”. Sebagai akhiran pelajaran |












No comments:
Post a Comment